Thursday, July 30, 2009

Tradisi Masyarakat Iranun Apabila Ada Kematian

Dalam mayarakat Iranun mempunyai beberapa tatacara apabila berlaku kematian, antarnya ialah ;-

1. Mengumumkan Kematian

Apabila berlaku kematian, maka harus diumumkan kepada semua penduduk kampung
kerana berlandaskan pegangan prinsip susah senang ditempohi bersama. Oleh itu ada cara
untuk mengumumkan kematian tersebut, iaitu;- Memalu alat-alat bunyian iaitu Balu dan
Tabu. Melalui paluan balu dan tabu penduduk setempat/orang ramai dapat membezakan status/taraf orang yang telah meninggal dunia. Tujuannya adalah untuk mengumumkan/memberi tahu bahawa ada kematian di tempat tersebut.

1.1 Mengumumkan Menggunakan Balu yang ditetapka bagi golongan Datu/Syarif

Balu adalah gabungan alat-alat bunyi-bunyian seperti , gendang, gong dan babendir, melodinya dicipta khas untuk orang yang meninggal sahaja.) yang dipukul di rumah keluarga si mati.

Bilangan paluan/pukulan balu berdasarkan kepada peringkat usia si mati, iaitu;-

Perempuan Lelaki

a) Kanak-kanak - 6 kali midedsah 7 kali midesah
b) Remaja - 8 kali midesah 9 kali midesah
c) Dewasa - 12 Midesah 13 - 15 kali midesah

Masa Memukul Balu bagi golongan datu/syarif

a) Selepas sahaja seseorang itu disahkan meninggal,
b) Ketika mayat dimandikan dan
c) Ketika mayat diturunkan dan seterusnya dihantar ke perkuburan.

1. 2. Mengumumkan Menggunakan Tabu, ditetapkan bagi golongan biasa

Pengumuman menggunakan tabu yang dipalu/dipukul daripada masjid dan bilangan pukulan tabu iaitu;-

a) Kanak-Kanak - 6 kali
b) Remaja - 8 kali
c) Dewasa - 12 kali

2. Mengunjungi Keluarga Si Mati

Keluarga si mati akan dikunjugi oleh masyarakat / penduduk kampung dengan membawa bersama beberapa derma atau bantuan, antaranya ialah beras, gula, padi,kayu api, wang dan berbagai lagi.

Pengunjung akan bergotong royong untuk menyiapkan semua keperluan, seperti kaum lelaki akan membuat keranda dan usunan ( jika si matai golongan datu/syarif). Kaum perempuan pula akan membuat kerja-kerja didapaur, seperti masak dan lain-lain.

Pada masa dulu menjadi satu kewajiban bagi masyarakat Iranun apa bila berlaku kematian, pihak keluarga si mati akan menyembelih kerbau atau lembu untuk dijamu kepada tetamu yang menziarah. Jamuan diadakan sebagai terima kasih kepada tetamu atas bantuan mereka jenazah diuruskan sehingga selesai dan seterusnya dikebumikan. Namun masa kini tradisi jamuan dalam kematian jarang diadakan atau tidak ada lagi sama sekali, kerana dikatakan bertentangan dengan agama Islam.

Bagi keluarga si mati yang tidak berkemampuan (orang susah) penduduk kampung akan menghulurkan bantuan atau menderma kepada keluarga berkenaan. Pada masa ini telah ramai penduduk kampung atau keluarga membentuk JK Tabung Khairat untuk kemudahan apa bila berlaku kematian dalam kalangan ahli-ahlinya.

3. Memandikan Mayat - balu akan dipukul

4. Menghantar maya ke Perkuburan - Balu di pukul dan jenazah akan dibawa dengan menggunakan usunan ( bagi mayat golongan datu/syarif). Seorang daripada keluarga terdekat si mati akan turut menaiki usunan berkenaan untuk memayugi keranda berkenaan. Payang yang digunakan adalah payung yang direka khas. Kebiasannya payung tersebut digunakan semasa dalam perkahwinan dan kematian sahaja.

5. Pengebumian Jenazah - Selesai membaca talkhin keluarga si mati akan membina sulap atau khemah tempat tinggal semantara di perkarangan kuburan tersebut untuk menunggu/menjaga jenazah yang baru dikubur. Tempoh menjaga kuburan tersebut ialah 40 hingga 21 malam bagi golongan datu/syarif dan bagi golongan biasa memadai 7 malam.

Seelum meninggalkan kuburan kelambu akan dibuat di atas kubur si mati, hijau bagi golongan datu, kuning untuk golongan syarif dan putih bagi golongan biasa.

6. Kenduri - Terdapat bilangan hari bagi mengadakan kenduri arwah, hari tersebut ialah;-
.
1. Hari ketujuh - dikenali dengan kenduri pitu gawi. - iaitu 7 hari selepas jenazah dikebumikan. Sebelum kenduri dibuat pembacaan Al-Quaran diadakan sehingga khatam yang dipanggil pangadi sa bangkai-bangkaian. Selain itu juga setiap malam orang alim atau kali akan kerumah untuk membaca doa dan tahlil yang dipanggil dalimakan.

2. kenduri Hari ke 21 : ini disebut dua pulu agu isa atau tenga pat pulu

3. Kenduri Hari ke 40 : Jenazah genap di kebumikan sudah 40 hari

4. Kenduri Gatusan : Jenezah genap 100 di kebumikan

5. Kenduri Temegan: Genap 1 tahun jenezah dikebumikan

6. Kenduri arwah - diadakan menjelang hari raya atau hari-hari lain.

Setiap kali kenduri diadakan, bagi mereka yang berada sekurang-kurangnya seekor kerbau atau sapi akan disembelih. Parkara ini kewajiban bagi golongan bangsawan khasnya kenduri hari ke 7, 40 dan ke 100 hari.

dipetik dari buku : Iranun : Sejarah dan Adat Tradisi oleh Datu Bandira Datu Hj. Alang






Wednesday, July 29, 2009

Upacara Perkahwinan Masyarakat Iranun dan Adat


Perkahwinan dalam masyarakat Iranun berlandaskan ajaran agama Islam dan acara untuk meraikannya adalah mengikut status/taraf sesorang itu. Jika dia dari golongan datu, maka adat dan cara meraikannya adalah mengikut adat yang ditetapkan dan begitu juga kepada golongan syarif dan golongan biasa, mereka akan menjalankan adat masing-masing seperti yang ditetapkan kepada golongan mereka.
Berikut adalah adat dalam upacara perkahwinan Masyarakat Iranun.
1. Memilih Pasangan

Pada zaman dahulu, ibu bapa memilih pasangan untuk anak lelaki mereka. Anak yang tidak
menyetujui pilihan orang tua mereka dianggap anak durhaka. Lazimnya perempuan pilihan
orang tua mereka adalah kalangan keluarga atau mempunyai hubungan
kekeluargaan supaya hubungan antara mereka sentiasa terjalin dan lebih erat lagi.

2. Pertunangan

Semasa dalam pertunangan kedua pasangan tidak dibenarkan berjumpa atau berdua-duaan.
Jika antara pasangan ini hendak melihat pasangan masing-masing, mereka terpaksa
mengintip atau melihat dari jauh sahaja dan begitu juga andainya kedua-dua mereka ingin melahirkan
perasaan cinta, mereka hanya dapat menyampaikan melalui kiriman hadiah yang berupa
munsala atau sapu tangan yang dibuat khas atau kuih-muih juga dibuat oleh tunangnya
(perempuan)

3. Pagidsa-Idsa ( Hari Perundingan)

Selepas acara meresek dan persetujuan telah dicapai antara kedua pasangan keluarga, maka Hari Peundingan/Pagidsa-Idsa ditentukan. Pada hari Pagidsa-Idsa diadakan, kedua belah keluarga akan mengadakan majlis keramaian atau kalilang. Tujuan Pagidsa-idsa diadakan adalah untuk mewar-warkan atau mengumumkan kepada masyarakat setempat tentang peminangan dan jumlah berian atau betang yang dipersetujui. Rombongan lelaki lazimnya diketui oleh Ketua Kampung akan bertandang ke rumah pihak perempuan.

Dalam majlis tersebut, kehadiran rombongan lelaki akan diraikan dengan suasana yang meria dan berbagai acara kebudayaan diadakan, antaranya ialah Kulintangan, Silat, Darangen, Tinobou, Sepak Manggis dan datu-datuan. Sepak Manggis merupakan permainan rakyat yang mesti diadakan dalam mana-mana majlis perkahwinan, pagidsa-idsa dan kelahiran bayi.

Tempoh masa majlis keramaian bagi meraikan majlis tersebut bergantung kepada taraf/status golongan seseorang itu. Sekiranya mereka daripada golongan datu dan syarif maka majlis akan diadakan sehingga 7 hari dan jika dari golongan biasa majlis berkenaan memadai dengan satu hingga 3 hari sahaja.

Selesai perundingan pihak akan menyerahkan berbagai peralatan perempuan diserahkan kepada bakal tunangnya seperti cincin, kain sarung,baju dan kalung.

4. Menentukan Hari Perkahwinan

Masyarakat Iranun amat teliti bagi menentukan Hari Perkahwinan. Bagi mereka hari dan bulan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas masa depan kehidupan kedua-dua pengantin. Bulan-bulan yang dianggap baik untuk melangsungkan perkahwinan adalah bulan Syaban, Zulkaedah, Zulhijah dan Rabiulakhir. Manakala Safar dan Ramadhan hanya untuk orang - orang yang dianggap alim sahaja.

Hari-hari yang baik bergantung kepada hari bulan. Semasa bulan terang, hari yang menjadi pilihan ialah hari pertama, kedua, kenam, kelapan, ke 10 dan ke 14. Manakala hari-hari semasa gelap ialah hari ke lima, ke lapan, ke 11 dan ke 12.

Masyarakat Iranun membahagikan satu bulan kepada dua bahagian, Bahagian Pertama atau Sebang mulai satu hari bulan hingga 15 hari bulan terang, manakala bahagian kedua atau delem ialah dari 16 hingga hari ke 30

5. Hari Perkahwinan

Berbagai persiapan diadakan untuk meraikan majlis perkahwinan, antaranya ialah menyediakan tempat tidur pengantin seperti tilam, katil, kelambu, tikar berhias, bantal bersulam, pinggan mangkuk dan lain-lain keperluan.

Tempoh meraikan Majlis Perkahwinan bagi golongan datu ialah 3 hingga 7 hari sebelum dan selepas.

5.1 Usunan

Usunan ialah tempat pengantin lelaki duduk dan diangkat oleh beberapa orang lelaki ke rumah pengantin perempuan. Usunan hanya digunakan oleh golongan datu dan syarif sahaja. Golongan biasa memadai menggunakan kuda sahaja. Usunan dihias cantik dengan menggunakan kain-kain yang dihias dengan manik -manik dan tikar mengkuang yang dihias.

5.2 Ulu a-Damak

Sebelum bertolak rombongan lelaki dikehendaki menyediakan Ulu a-Damak yang berupa bahan makanan seperti sirih, pinang, rokok, beras dan kuih muih yang biasanya disimpan kedalam bekas yang dibuat daripada tembaga ( bagi golongan datu) dan golonga bisa Ulu a Damak dibungkus dalam kain, diserahkan kepada mereka yang menyambut kedatangan pihak lelaki. Pengantin lelaki diapit oleh pengapit yang dipanggil pawai. Jumlah pawai bergantung dengan bilangan pawai kedua-duanya. Jika perempuan 2 orang pawai maka lelaki juga mesti menyediakan dua pawai (bagi golongan datu) dan memadai seorang pawai bagi pengantin golongan biasa.

6. Ketibaan Pengantik Lelaki di Rumah Pengantin Perempuan

Setiba rombongan lelaki di perkarangan rumah pihak perempuan, pihak perempuan akan melepaskan das timbakan ke atas menandakan ketibaan pengantin lelaki telah tiba. timbakan akan dibalas oleh rombongan lelaki dengan beberapa das timbakan juga bergantung dengan taraf /status golongan kedua pihak.

Selesai berbalas-balas tembakan, rombongan dijemput oleh rombongan perempuan. Sebelum naik ke rumah rombongan lelaki diminta mempersembahkan beberapa acara tradisi seperti silat, tinobow, bayuk dan sebagainya. Sekiranya pihak perempuan telah berpuas hati barulah Ulu a-Damak yang dibawa oleh rombongan lelaki diterima dan dipersilakan naik kerumah. Isi Ulu a-Damak tersebut akan dibagi-bagikan kepada tetamu khas pihak perempuan. Pengantin lelaki diturunkan dari Usunan dan diangkat oleh dua
orang dan kakinya tidak dibenarkan menyentuh tanah.

Kemudian pengantin lelaki akan didudukkan di atas tilam yang disediakan sementara menunggu akad nikah. Upacara nikah dijalankan oleh Imam dengan disaksikan oleh beberapa orang. Selesai akad nikah bacaan berjanji (salawat kepada nabi) dilakukan dan serentak dengan itu juga imam akan mengiringi pengantin lelaki ke pelamin tempat pengantin perempuan duduk untuk membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki akan memusing- musing sapu tangan di atas kepala pengantin perempuan sebelum menjatuhkannya ke ribaan
pengantin perempuan. Selepas itu pengantin lelaki menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya.

6.1 Bayuk dan syair

Sebelum Imam membuka beberapa tabir sebagai kain rentang dihadapan pelamin, wakil pengantin lelaki mestilah mempersembahkan beberapa rangkap syair dan bayuk sehingga pihak perempuan puas hati barulah pengantin lelaki dibenarkan masuk untuk membatalkan air sembahyang.

7. Pakaian Pengantin

Pakaian juga merupakan perkara penting dan harus ada penelitian dalam setiap perkahwinan masyarakat Iranun. Penggunaan / pemakaian warna dalam pakaian pengantin juga telah ditentukan bagi seseorang mengikut golongan . Warna hijau bagi golonga datu, kuningan bagi golonga syarif dan golongan biasa boleh memilih berbagai warna kecuali warna hijau dan kuning. Sekiranya mereka memakai menggunakan warna hijau dan kuning mereka dikatakan melanggar adat resam dan boleh didenda.

Senarai Pengantin Lelaki

1. Tanjak atau Dastar - Sejenis kain yang ditenun khas dan dipakai di kepala

2. Bobotolan - Sejenis tali pinggang khas ( berkepala Besar)
3. Baju Sinipak - Baju yang dibuat khas, lenganya dibelah sehingga kes siku. Baju ini juga disulam dengan mata a-lambouan ( manik permata)

4. Talumpa atau kasut -

5. Seluar Maines - seluar yang dsisempitkan dibahagian bawah.

6. Gelang, Loket dan Cincin Emas

7. Keris Iranun - Keris ini merupakan sesuatu yang dimestikan dipakai oleh pengantin lelaki.

Pakaian Pengantin Perempuan

1. Sinisip - dipakai dibahagian kepala

2. Baju Sinipak - seperti lelaki perempuan juga menggunakan pakai seperti pakaian lelaki cuma bezanya perempuan tidak memakai seluar sebalikkanya perempuan memakai kain khas atau sarung yang disulam

3. Galon/Tali Pinggang - sejenis tali pinggang yang dibuat khas untuk merampingkan lagi pinggang pengantin perempuan.

4. Malong - kain khas atau sarung yang ditenun

5. Kuku Emas - dipakai di jari pangantin perempuan

6. Talumpa atau kasut

7. Cincin, loket dan Gelang emas
bahan rujukan - buku Sejarah dan adat tradisi Iranun Oleh Datu Bandira -

Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allahyiram Datu Bandira Bin Datu Hj. Alang kerana beliaulah saya dapat mengenali budaya dan adat bangsa saya.....SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN BELIAU BERSAMA-SAMA MEREKA YANG DIBERI KEAMPUNAN..AMIN



Adat Tradisi Masyarakat Iranun Kota Belud


Masyarakat Iranun khususnya di daerah Kota Belud mewarisi adat tradisi daripada moyang mereka turun menurun dan menjadi warisan penting dalam menjalani kehidupan harian mereka. Penentuan kedudukan/ taraf seseorang mengikut adat istiadat yang diikuti. Adat yang diwarisi mestilah diikuti dan tidak boleh dilanggar. Perbuatan melanggar dianggap sumbang dan menyelewing.


Adat istiadat yang diikuti/diwarisi adalah setaraf dengan asal usul seseorang. Masyarakat Iranun dikategirikan kepada 3 golongan, golongan tersebut adalah, golongan datu, syarif dan biasa. Golongan datu berasal dari keturunan bangsawan, golongan syarif dikatakan berasal dari keturunan Nabi Muhamad S.A.W dan golongan biasa. Golongan datu dan syarif mempunyai taraf kedudukan yang setaraf dalam masyarakat Iranun.


3 golongan tersebut tidak akan menjalankan sesuatu adat melebihi daripada adat yang tetapkan atau yang diwarisi untuk jenerasi mereka. Sekiranya mereka menjalankannya mereka akan dikutuk dan menjadi bahan umpatan oleh golongan lain, dan mereka boleh didenda mengikut hukum adat kerana melaksanakan adat resam yang bukan taraf mereka.


Adat istidat amat penting dibincangkan ketika mengadakan upacara perkahwinan, kelahiran bayi dan kematian.

Monday, July 27, 2009

Cinta Abadi

Cinta Abadi adalah cinta yang tidak pernah luntur dan kekal hingga ke akhir hayat. Cinta Abadi lahir daripada hati yang luhur, bersih dan suci. Cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal abadi dan ia juga adalah cinta yang terakhir. Cinta selainnya adalah cinta yang luntur dan akan berakhir.

Ya Allah !! alangkah beruntungnya jiwa-jiwa yang diberi rahmat dan hidayah kerana dianugerakan Cinta Abadi, kerana natijahnya, pada jiwa-jiwa mereka- mereka ini akan terus merasa kebesaran serta tunduk kepada perintahNYA.

Cinta Abadi kepadaNYA merupakan ubat penawar yang amat mujarab bagi mereka yang menderita sakit hati serta mempunyai jiwa yang mati.

Semoga Cinta Abadi akan terus bersemada pada jiwa-jiwa semua umat manusia.