Wednesday, July 29, 2009

Adat Tradisi Masyarakat Iranun Kota Belud


Masyarakat Iranun khususnya di daerah Kota Belud mewarisi adat tradisi daripada moyang mereka turun menurun dan menjadi warisan penting dalam menjalani kehidupan harian mereka. Penentuan kedudukan/ taraf seseorang mengikut adat istiadat yang diikuti. Adat yang diwarisi mestilah diikuti dan tidak boleh dilanggar. Perbuatan melanggar dianggap sumbang dan menyelewing.


Adat istiadat yang diikuti/diwarisi adalah setaraf dengan asal usul seseorang. Masyarakat Iranun dikategirikan kepada 3 golongan, golongan tersebut adalah, golongan datu, syarif dan biasa. Golongan datu berasal dari keturunan bangsawan, golongan syarif dikatakan berasal dari keturunan Nabi Muhamad S.A.W dan golongan biasa. Golongan datu dan syarif mempunyai taraf kedudukan yang setaraf dalam masyarakat Iranun.


3 golongan tersebut tidak akan menjalankan sesuatu adat melebihi daripada adat yang tetapkan atau yang diwarisi untuk jenerasi mereka. Sekiranya mereka menjalankannya mereka akan dikutuk dan menjadi bahan umpatan oleh golongan lain, dan mereka boleh didenda mengikut hukum adat kerana melaksanakan adat resam yang bukan taraf mereka.


Adat istidat amat penting dibincangkan ketika mengadakan upacara perkahwinan, kelahiran bayi dan kematian.

No comments:

Post a Comment