Thursday, July 30, 2009

Tradisi Masyarakat Iranun Apabila Ada Kematian

Dalam mayarakat Iranun mempunyai beberapa tatacara apabila berlaku kematian, antarnya ialah ;-

1. Mengumumkan Kematian

Apabila berlaku kematian, maka harus diumumkan kepada semua penduduk kampung
kerana berlandaskan pegangan prinsip susah senang ditempohi bersama. Oleh itu ada cara
untuk mengumumkan kematian tersebut, iaitu;- Memalu alat-alat bunyian iaitu Balu dan
Tabu. Melalui paluan balu dan tabu penduduk setempat/orang ramai dapat membezakan status/taraf orang yang telah meninggal dunia. Tujuannya adalah untuk mengumumkan/memberi tahu bahawa ada kematian di tempat tersebut.

1.1 Mengumumkan Menggunakan Balu yang ditetapka bagi golongan Datu/Syarif

Balu adalah gabungan alat-alat bunyi-bunyian seperti , gendang, gong dan babendir, melodinya dicipta khas untuk orang yang meninggal sahaja.) yang dipukul di rumah keluarga si mati.

Bilangan paluan/pukulan balu berdasarkan kepada peringkat usia si mati, iaitu;-

Perempuan Lelaki

a) Kanak-kanak - 6 kali midedsah 7 kali midesah
b) Remaja - 8 kali midesah 9 kali midesah
c) Dewasa - 12 Midesah 13 - 15 kali midesah

Masa Memukul Balu bagi golongan datu/syarif

a) Selepas sahaja seseorang itu disahkan meninggal,
b) Ketika mayat dimandikan dan
c) Ketika mayat diturunkan dan seterusnya dihantar ke perkuburan.

1. 2. Mengumumkan Menggunakan Tabu, ditetapkan bagi golongan biasa

Pengumuman menggunakan tabu yang dipalu/dipukul daripada masjid dan bilangan pukulan tabu iaitu;-

a) Kanak-Kanak - 6 kali
b) Remaja - 8 kali
c) Dewasa - 12 kali

2. Mengunjungi Keluarga Si Mati

Keluarga si mati akan dikunjugi oleh masyarakat / penduduk kampung dengan membawa bersama beberapa derma atau bantuan, antaranya ialah beras, gula, padi,kayu api, wang dan berbagai lagi.

Pengunjung akan bergotong royong untuk menyiapkan semua keperluan, seperti kaum lelaki akan membuat keranda dan usunan ( jika si matai golongan datu/syarif). Kaum perempuan pula akan membuat kerja-kerja didapaur, seperti masak dan lain-lain.

Pada masa dulu menjadi satu kewajiban bagi masyarakat Iranun apa bila berlaku kematian, pihak keluarga si mati akan menyembelih kerbau atau lembu untuk dijamu kepada tetamu yang menziarah. Jamuan diadakan sebagai terima kasih kepada tetamu atas bantuan mereka jenazah diuruskan sehingga selesai dan seterusnya dikebumikan. Namun masa kini tradisi jamuan dalam kematian jarang diadakan atau tidak ada lagi sama sekali, kerana dikatakan bertentangan dengan agama Islam.

Bagi keluarga si mati yang tidak berkemampuan (orang susah) penduduk kampung akan menghulurkan bantuan atau menderma kepada keluarga berkenaan. Pada masa ini telah ramai penduduk kampung atau keluarga membentuk JK Tabung Khairat untuk kemudahan apa bila berlaku kematian dalam kalangan ahli-ahlinya.

3. Memandikan Mayat - balu akan dipukul

4. Menghantar maya ke Perkuburan - Balu di pukul dan jenazah akan dibawa dengan menggunakan usunan ( bagi mayat golongan datu/syarif). Seorang daripada keluarga terdekat si mati akan turut menaiki usunan berkenaan untuk memayugi keranda berkenaan. Payang yang digunakan adalah payung yang direka khas. Kebiasannya payung tersebut digunakan semasa dalam perkahwinan dan kematian sahaja.

5. Pengebumian Jenazah - Selesai membaca talkhin keluarga si mati akan membina sulap atau khemah tempat tinggal semantara di perkarangan kuburan tersebut untuk menunggu/menjaga jenazah yang baru dikubur. Tempoh menjaga kuburan tersebut ialah 40 hingga 21 malam bagi golongan datu/syarif dan bagi golongan biasa memadai 7 malam.

Seelum meninggalkan kuburan kelambu akan dibuat di atas kubur si mati, hijau bagi golongan datu, kuning untuk golongan syarif dan putih bagi golongan biasa.

6. Kenduri - Terdapat bilangan hari bagi mengadakan kenduri arwah, hari tersebut ialah;-
.
1. Hari ketujuh - dikenali dengan kenduri pitu gawi. - iaitu 7 hari selepas jenazah dikebumikan. Sebelum kenduri dibuat pembacaan Al-Quaran diadakan sehingga khatam yang dipanggil pangadi sa bangkai-bangkaian. Selain itu juga setiap malam orang alim atau kali akan kerumah untuk membaca doa dan tahlil yang dipanggil dalimakan.

2. kenduri Hari ke 21 : ini disebut dua pulu agu isa atau tenga pat pulu

3. Kenduri Hari ke 40 : Jenazah genap di kebumikan sudah 40 hari

4. Kenduri Gatusan : Jenezah genap 100 di kebumikan

5. Kenduri Temegan: Genap 1 tahun jenezah dikebumikan

6. Kenduri arwah - diadakan menjelang hari raya atau hari-hari lain.

Setiap kali kenduri diadakan, bagi mereka yang berada sekurang-kurangnya seekor kerbau atau sapi akan disembelih. Parkara ini kewajiban bagi golongan bangsawan khasnya kenduri hari ke 7, 40 dan ke 100 hari.

dipetik dari buku : Iranun : Sejarah dan Adat Tradisi oleh Datu Bandira Datu Hj. Alang






No comments:

Post a Comment